Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Baca Perlembagaan Sabah, Fahmi beritahu Muda berkait lantikan TYT

today17 December 2024

Background


Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil selar Pemangku Presiden Muda Amira Aisya Abd Aziz kerana menuduh perdana menteri hipokrit atas lantikan Musa Aman sebagai TYT.

PETALING JAYA: Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil menyelar Pemangku Presiden Muda Amira Aisya Abd Aziz kerana menuduh perdana menteri bersikap hipokrit susulan pelantikan Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah.

Merujuk kepada Perkara 1 Perlembagaan Sabah, Fahmi berkata perdana menteri tidak ada peranan dalam apa jua keadaan dalam proses lantikan itu.

Perlembagaan Sabah menyatakan Yang Dipertua Negeri dilantik mengikut budi bicara Yang di-Pertuan Agong, selepas mendapat nasihat daripada ketua menteri.

“Sebelum YB membuat kenyataan tanpa asas fakta seperti ini, seharusnya YB teliti dahulu Perkara 1(1) Perlembagaan Negeri Sabah yang jelas menyatakan tugas dan tanggungjawab dalam pelantikan TYT Sabah,” kata Fahmi di X.

Fahmi yang juga ketua penerangan PKR memuat naik perlembagaan negeri itu, sambil…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post