
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri membidas pembangkang kerana hanya memilih sebahagian tafsiran undang-undang dalam membantah keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul yang mengekalkan kedudukan enam Ahli Parlimen berpaling tadah dari Bersatu.
Anwar Ibrahim berkata Johari telah memberikan keseluruhan tafsiran undang-undang dalam menolak permohonan Bersatu mengosongkan kerusi disandang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang) dan Zahari Kechik (Jeli).
Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), dan Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).
Merujuk kenyataan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin yang menyifatkan keputusan Johari bercanggah peruntukan Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan, Anwar berkata pembangkang…