
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar mengesahkan Rang Undang-undang (RUU) Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga pada sidang Parlimen bermula 14 Okt ini.
Katanya, Jemaah Menteri bersetuju RUU itu dibentangkan untuk bacaan kedua dan ketiga dalam sidang Parlimen kali ini.
“RUU ini bertujuan untuk memperkukuhkan institusi kefatwaan di Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur, dan Labuan,” katanya kepada media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran dan Pelepasan Jelajah Peduli Ummah: Sejahtera Insan Al-Falah dianjurkan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).
Sebelum ini, media melaporkan bacaan pertama RUU Mufti (Wilayah Persekutuan) 2024 dilakukan pada Julai lalu. RUU itu adalah satu daripada…