
PETALING JAYA: Satu badan kajian meramal Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) akan kekal berkuasa di negeri yang diperintah sebelum ini menjelang PRN 12 Ogos.
Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) membentangkan dua senario iaitu corak pengundian kekal seperti berlaku pada PRU15 selain faktor keluar mengundi menurun kepada 67%, termasuk pecahan pengundi BN kepada tiga kumpulan berasingan.
“Diunjurkan satu pertiga pengundi BN akan menyokong gabungan PH-BN, manakala satu pertiga akan mengundi PN dan selebihnya tidak mengundi,” kata badan itu.
Dalam dua senario tersebut, NASR berkata PH-BN akan kekal dominan di Selangor dan Negeri Sembilan. Perkara sama juga berlaku kepada PN (dan PAS) di Kelantan.
Katanya, dominasi PN-PAS di Kelantan kekal menjadi kubu…