
PETALING JAYA: Sebuah badan berkanun persekutuan akan dilantik sebagai mekanisme pengawalseliaan dana politik secara telus dan bersesuaian bagi memastikan pelaksanaan rang undang-undang (RUU) berkaitan pendanaan politik berjalan lancar.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata struktur lantikan badan itu akan mengambil kira pandangan serta cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi.
“Selaras hasrat kerajaan mendukung aspirasi Malaysia Madani, inisiatif ini dapat meningkatkan keyakinan rakyat bahawa tadbir urus dalam kalangan ahli politik dan anggota pentadbiran dapat diamalkan berteraskan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan…