
PETALING JAYA: Badan Peguam Malaysia bimbang dengan penyahklasifikasian laporan mengenai dakwaan yang dibuat oleh bekas peguam negara dalam memoir tulisannya dan mempersoalkan kesaksamaan pasukan petugas yang menyiasat dakwaan itu.
Presiden Badan Peguam Karen Cheah berkata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengakui bahawa beliau menyahklasifikasi laporan itu supaya ia boleh digunakan sebagai “peluru” politik untuk menyerang pembangkang.
“Pengakuan terang-terangan itu, jika benar, menimbulkan persoalan tentang niat baik dalam penubuhan pasukan petugas khas dan sama ada laporan itu tidak memihak dan boleh dipercayai,” katanya dalam satu kenyataan.
Cheah berkata Badan Peguam mengambil isu mengenai keabsahan pasukan petugas itu, kerana pendekatan yang sepatutnya adalah melalui…