
KUALA LUMPUR: Usul larangan hidang dan mengambil minuman beralkohol pada majlis Badan Peguam dan negeri ditolak pada Mesyuarat Tahunan ke-79, hari ini.
Seorang peguam memberitahu FMT, 400 ahli hadir mengundi resolusi itu, yang merupakan yang terakhir daripada 14 usul dibahaskan pada mesyuarat berkenaan.
“Hampir 15 ahli berucap mengenai resolusi tersebut, namun cadangan itu ditolak ramai,” kata peguam itu.
Peguam HR Dipendra, yang mengundi menolak usul terbabit berkata Badan Peguam dan bahagian negeri mesti kekal sekular.
Pada Isnin, FMT melaporkan cadangan usul itu menyatakan pengambilan alkohol terbukti mengundang risiko kesihatan, termasuk penyakit hati, ketagihan, dan kesan buruk kesihatan mental.
Usul berkenaan, alkohol dihidangkan pada majlis dianjurkan Badan Peguam dan jawatankuasa bahagian negeri berkemungkinan menyumbang kepada tingkah laku tidak profesional dan boleh menimbulkan potensi…