Ahli Parlimen Subang itu masih boleh ‘mempengaruhi’ keputusan Malaysia Debt Ventures, walaupun tidak mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah, menurut C4.

PETALING JAYA: Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) tidak berpuas hati dengan penjelasan Ahli Parlimen Subang Wong Chen berhubung pelantikannya sebagai pengerusi bukan eksekutif Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV).
Wong turut mengetuai Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) mengenai hubungan antarabangsa dan perdagangan.
Susulan pelantikannya Selasa lalu, Wong menjelaskan beliau tidak akan mempengerusikan mesyuarat lembaga pengarah MDV mengenai pengurusan risiko, pampasan, audit, pembiayaan dan pelaburan.
Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif C4 Pushpan Murugiah berkata, ini “kelalaian serius dalam tugas” kerana pengerusi MDV sepatutnya mempengerusikan “mesyuarat penting” bagi melindungi kepentingan…