Hot FM

Badan pemikir cadang kerajan ambil alih hospital swasta di PJ


hospital
CEO Galen Centre, Azrul Khalib berkata membina sebuah hospital baru di Petaling Jaya mengambil masa kira-kira 10 tahun sedangkan penduduk memerlukan perkhidmatan itu segera.
PETALING JAYA:

Sebuah badan pemikir kesihatan mencadangkan kerajaan mempertimbangkan untuk menyewa sebuah hospital swasta bersaiz sederhana di Petaling Jaya dan mengambil alih operasinya sebagai hospital awam.

CEO Galen Centre, Azrul Khalib, berkata langkah itu merupakan kaedah yang lebih cepat dan praktikal untuk menangani kekurangan hospital awam di kawasan berkenaan, selain berpotensi menjimatkan kos.

Azrul berkata Putrajaya boleh mengambil alih salah satu daripada banyak hospital swasta di PJ untuk tempoh 10 hingga 15 tahun sementara menunggu sebuah hospital awam dibina.

Katanya, kerajaan juga boleh mengambil alih operasinya secara kekal menerusi pemerolehan yang dirundingkan atau konsesi jangka panjang.

“Kementerian Kesihatan (KKM) boleh menyewa fasiliti itu, mengambil secara kontrak kakitangan sedia…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version