Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menang 22-20, 21-15 ke atas beregu Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto di Dubai.

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2023 selepas menyingkirkan gandingan nombor satu dunia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto, di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), malam ini.
Gandingan kelapan dunia itu hanya mengambil masa 37 minit untuk mengalahkan beregu Indonesia itu dengan keputusan 22-20 dan 21-15 pada aksi suku akhir di Dewan Tertutup Sheikh Rashid bin Hamdan, Kelab Al Nasr.
Keputusan yang dilakar Yew Sin-Ee Yi sekali gus melebarkan rekod empat kemenangan ke atas gandingan Indonesia itu, yang mencatatkan tujuh kemenangan daripada 11 pertemuan.
Menanti Yew Sin-Ee Yi di separuh akhir adalah pemenang antara beregu Jepun, Takuro Hoki-Yugo…