

Sebanyak 1,254 pelajar di seluruh negara menerima manfaat Biasiswa Anak eKasih (BAeK) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melibatkan peruntukan RM20.87 juta sejak inisiatif itu dimulakan pada 1 Jan hingga 31 Ogos lepas.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim, berkata inisiatif yang diperkenalkan menerusi Belanjawan 2026 itu menyasarkan 10,000 pelajar secara keseluruhan di seluruh negara untuk menerima pembiayaan penuh pendidikan, khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah yang berdaftar dalam pangkalan data eKasih.
“Pada asalnya kita buat untuk pelajar baharu, tetapi dengan melihat kembali unjuran dan maklumat sedia ada, kita mula kembangkan juga kepada pelajar yang sudah pun mengikuti pengajian untuk satu tempoh masa dan masih berbaki lagi pengajian tetapi layak menerima,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita…