
PETALING JAYA: Sebuah kotak berisi bahan letupan dipercayai tercicir dari sebuah kenderaan dipandu seorang lelaki, kata Ketua Polis Kuala Langat Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan pada 10.28 malam Selasa lalu daripada lelaki berusia 28 tahun itu yang mengesyaki bahan letupan terbabit tercicir ketika dalam perjalanan untuk dihantar ke kuari di kawasan Puchong.
“Semasa pengadu dan rakannya berada di jalan Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang, pengadu perasan terdapat kenderaan dari belakang memberi lampu isyarat yang mengatakan bonet Nissan Navara dinaiki mereka terbuka,” katanya menurut Bernama.
Ridhwan berkata, pengadu kemudian memberhentikan kenderaan dan menutup semula bonet itu tanpa mengesyaki ada barang tercicir kerana keadaan lalu lintas agak sibuk serta berbahaya.
“Pada…