PETALING JAYA: Dua pengusaha makanan dan minuman (F&B) Johnny’s Restaurants serta Black Canyon menjelaskan kesemua bahan mentah untuk menyediakan hidangan diperoleh dari pembekal memiliki sijil halal.
Menerusi kenyataan bersama, mereka berkata tiada penggunaan sebarang alkohol atau wain dalam pemprosesan atau penyediaan makanan dan minuman yang dihidangkan.
“Kedua-duanya memahami kepentingan pensijilan halal kepada pelanggan dan sedang berusaha mendapatnya daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk dapur berpusat dan pensijilan individu untuk semua cawangan mereka,” katanya.
Semalam Jakim memaklumkan lima restoran terkenal bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Ia melibatkan restoran Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr. Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem…