PETALING JAYA: Sebarang langkah untuk membaik pulih Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) mesti merangkumi rombakan proses penyelesaian aduannya, menurut seorang pakar pengangkutan.
Perunding pengangkutan Rosli Khan, yang menyokong pembaikpulihan Mavcom berkata, tidak wajar penumpang menunggu 30 hari untuk aduan mereka ditangani syarikat penerbangan atau lapangan terbang sebelum boleh menghubungi suruhanjaya itu.
“Bagaimana jika Mavcom mengambil masa 30 hari lagi untuk menyiasat aduan?” soalnya.
Rosli berkata, Mavcom harus menerbitkan data mengenai amalan tidak beretika dan perkhidmatan yang buruk oleh syarikat penerbangan, dan aduan daripada penumpang bagi memperkasakan pengguna untuk membuat keputusan termaklum.
“Ia juga akan memastikan akauntabiliti di pihak syarikat penerbangan. Barulah ada insentif untuk mereka menambah…