Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bahas pembangkang ‘tiada isi’, Bersatu salahkan kurang liputan media

today15 January 2024

Background


Wan Saiful Wan Jan dari Bersatu berkata Tony Pua cuba memberi gambaran buruk terhadap Perikatan Nasional.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Bersatu menyalahkan kurangnya liputan media mengenai perbahasan dasar oleh Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), menyebabkan timbul dakwaan mengatakan isu dibangkitkan pembangkang ‘tiada isi’.

Wan Saiful Wan Jan yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, berkata media jarang melaporkan mengenai Ahli Parlimen pembangkang apabila mereka menyentuh isu yang lebih berat di Dewan Rakyat seperti isu rakyat, ekonomi, tadbir urus dan hal ehwal antarabangsa.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu menggesa media memberikan liputan lebih menyeluruh terhadap Ahli Parlimen pembangkang apabila mereka berbahas dasar kerajaan.

“Media harus menyediakan laporan yang tepat mengenai apa yang diungkapkan oleh Ahli Parlimen pembangkang,” katanya kepada FMT.

Bekas ketua penerangan Bersatu itu mengulas dakwaan bekas Ahli Parlimen Damansara Tony Pua bahawa isu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Shahrul Shahabudin


Previous post