Difahamkan, kesemua peserta dari China yang bertanding mengambil jurusan Pengajian Bahasa Melayu di IPT masing-masing.
“Ada pelajar dari Xi’an, Tianjin, Henan, Guangdong, Beijing, Yunan dan banyak lagi. Dari segi pakaian, masing-masing memang 100%. Peserta memakai busana tradisional sama ada dari Malaysia mahupun China.
“Tema pertandingan pidato kali ini ialah Hubungan Malaysia China. Siap berpantun, menyanyi, bersyair dan menari. Sangat kreatif!” katanya.