Happy Afternoon girls! Korang kaki selfie? Pantang nampak tempat best je, mesti akan selfie banyak-banyak.. then pening tak tahu nak pilih yang mana satu? LUNARIA faham sangat! Haha! Tapi #Lunagirls tahu tak sebenarnya ada bahayanya kalau kita terlampau obses untuk selfie! Antaranya ialah…
MASALAH PERCAYA DIRI
Sometimes ada orang yang suka selfie ni sebab dia nak perhatian orang lain.. atau boleh juga kata mereka mahukan pujian. Kalau keinginan ini berlarutan, mungkin orang tu akan alami masalah tak percaya pada diri dan ia sangat bahaya untuk mental tau girls!
OBSES BERLEBIHAN
Kalau post gambar di media sosial, mestilah nak tunjuk yang cantik-cantik je kan? That’s why sometimes seseorang tu akan jadi obses bila dia nak gambar yang perfect je ditunjukkan! Ia pun akan buat someone tu alami gangguan dysphoria. Iaitu gangguan mental yang berkaitan dengan kesempurnaan penampilan.
Nak tahu lebih lanjut? Klik sini
Penulis: Lunaria