Ramai yang mengucapkan tahniah dan memuji kejelitaan pelakon, Nadia Brian pada majlis ‘bridal shower’ yang telah diadakan di sekitar ibu kota pada Ahad.
Bakal bergelar isteri pada 9 November nanti, pelakon drama Lelakimu Yang Dulu ini tampil cantik dengan dress bewarna merah hati.
Menerusi laman Instagram Nadia, turut hadir sama pada majlis tersebut adalah kenalan rapat dan rakan artis seperti Ainul Aishah dan Hannah Delisha.
Terdahulu, Nadia atau nama penuhnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi dan bakal suami, Muizz Nasruddin telah mengikat tali pertunangan pada 4 Mei lalu.
