
PETALING JAYA: Bekas exco Selangor Mohd Khairuddin Othman meminta semua pihak menunggu pengumuman rasmi Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil susulan spekulasi pelantikannya sebagai ketua pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom).
Kerusi itu kosong sejak November tahun lalu apabila Mohammad Agus Yusoff meletak jawatan dengan memberi alasan menerima tawaran kerja baharu dan bukannya disebabkan tekanan daripada mana-mana pihak.
Bercakap kepada FMT, Khairuddin yang juga bekas Adun Paya Jaras berkata beliau tidak mahu mendahului mana-mana pihak, mengulas laporan media bahawa beliau antara nama-nama disebut-sebut bakal mengisi kekosongan ditinggalkan Agus itu.
“Saya dapat makluman ada beberapa nama yang dipertimbangkan.
“Saya rasa elok tunggu pengumuman YB menteri (Fahmi),” kata setiausaha PKR Selangor itu yang baharu sahaja…
