Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Bakal Ke Gaza Tahun Depan? Kemas Kini Instagram Fathia Latiff Cetus Tanda Tanya – “Pray For My Syahid”

today14 December 2023

Background

Pelakon sensasi, Fathia Latiff memaklumkan dia bakal berangkat ke Gaza pada tahun depan.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada Rabu.

Dalam hantaran itu, Fathia memuat naik sebuah foto seorang wanita yang memakai purdah serta kapsyennya yang telah menarik perhatian ramai.

Selain memaklumkan dia bakal ke Gaza, Fathia turut meminta orang ramai untuk mendoakan agar dia syahid.

“Flying to Gaza next year. Pray for my syahid, Amin,” tulisnya.

Fathia Latiff

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai yang mendoakan agar perjalanan Fathia ke Gaza akan dipermudah.

Fathia Latiff

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang penjelasan lanjut dari pihak aktres drama rantaian popular Ariana Rose ini.

Sebelum ini, pelbagai kontroversi timbul mengenai dirinya, terutamanya bentuk wajahnya yang dikatakan semakin berubah dari rupa manis asalnya.

Terdahulu, Fathia membuat siaran langsung ketika dia bergaduh dengan ibu bapanya di kediaman mereka.

Malah, Fathia juga dikhabarkan mempunyai masalah anxiety.

Artikel Berkaitan: “Pernah Dengar Pasal Makeup & Rawatan Estetik?” – Wajah Terkini Dikritik, Fathia Latiff Tampil Beri Respons

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berdepan Insiden Kecil, Fathia Latiff ‘Bergaduh’ Dengan Keluarga? Ibu Halang Muat Naik Status Di Media Sosial – “Rasa Sangat Terancam…”

Written by: Aqilah


Previous post