
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini menzahirkan penghargaan atas sokongan Raja-Raja Melayu yang membolehkan pelbagai peristiwa dan dugaan melanda negara sepanjang tempoh lima tahun sejak 2019 dapat diatasi Seri Paduka.
Sultan Abdullah yang bakal menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Jan tahun depan, bertitah walaupun menempuh pelbagai peristiwa dan badai gelora, Raja-Raja Melayu sentiasa membantu mencari jalan penyelesaian terbaik demi kesejahteraan rakyat jelata.
“Sama ada ketika berhadapan kemelut politik dan pandemik Covid-19, sepanjang Paduka Adinda memerintah negara; Paduka Adinda sentiasa menjunjung sumpah yang telah dilafazkan iaitu untuk memerintah Malaysia yang kita cintai ini dengan secara adil menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dengan sepenuh ketelusan hati.
“Paduka…