Filem Babah membawa kisah Isyak, lakonan Qi Razali dalam membesarkan anak perempuannya Maya.
Kisah ini menjadi lebih mendalam apabila berlaku konflik antara Isyak dan Maya semasa Maya berada di alam remaja.
Antara pelakon lain yang ada dalam filem ini Sweet Qismina, Cristina Suzanne, Adam Lee dan Kis Aisha.
Sebelum ini, filem tersebut telah mendapat sambutan yang memberangsangkan apabila ramai penonton memberikan reaksi positif terhadap filem ini di samping ia mendapat rating 7/10 di IMDb, sebuah rating yang boleh dikatakan tinggi untuk filem tempatan.