Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Bakal Terima Cahaya Mata Ke-7, Reaksi Anak Bongsu Dr. Sheikh Muszaphar Raih Perhatian! – “Dia Tak Nak Terima”

today2 December 2022

Background

Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszapahar Shukor berkongsi sebuah berita gembira iaitu bakal menimang cahaya mata ke-7 menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.

Dr Sheikh memuat naik sebuah video di Instagram miliknya menunjukkan momen disaat berita itu disampaikan kepada anak-anaknya.

Berdasarkan perkongsian tersebut, berita itu disampaikan dengan cara bisik-membisik mengikut turutan kepada satu satu lain dimulakan oleh isteri tercintanya, Dr Halina kepada suami dan seterusnya kepada anak sulung.

Apa yang menarik perhatian adalah gelagat anak bongsunya, Emilia meletakkan tangan di telinganya dan tidak mahu mendengar berita itu seperti mahu menjadi anak bongsu buat selamanya.

“Whispering the good News, Alhamdulillah. Syukur sangat. Everyone is excited. Semoga dipermudahkan. Amin.. Salamm Jumaat everyone. Love as Always,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar)

Di akhir video tersebut, Dr Sheikh juga berkongsi kedudukan dan degugan jantung janin yang tampak berada dalam keadaan normal dan sihat.

Menjengah ke ruangan komen, hantaran tersebut dibanjiri ucapan tahniah rata-rata netizen yang turut teruja mendengar berita tersebut.

Terdahulu, nama Dr Sheikh hangat menjadi perbualan rata-rata netizen selepas kenyataannya memujuk isteri untuk menambah anak disalah erti.

Artikel Berkaitan: Didakwa Tiada Rasa Empati, Netizen Berang Dr. Sheikh Muszaphar Beri Tips Pujuk Isteri Tambah Anak

Untuk rekod, pasangan sejoli ini mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 11, Sophea Natasha, 9, anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 3 serta kembar kedua Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia, 2.

Written by: Aqilah


Previous post