
KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah membakar sebuah kereta milik seorang wanita, dua bulan lepas.
Hakim Norina Zainol Abidin menjatuhkan hukuman itu terhadap T Gunasegaran, 39, dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
Tertuduh didakwa melakukan khianat dengan membakar kereta milik Manjeetpal Kaur, 37, yang bernilai RM43,000 di hadapan blok sebuah pangsapuri di Cheras di sini pada 3.40 petang, 11 April lepas dan dituduh mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda.
Mengikut fakta kes, semasa pengadu (Manjeetpal) berada di dalam rumahnya di tingkat lima, beliau telah diberitahu oleh anak jirannya bahawa seorang lelaki sedang memecah cermin kereta miliknya yang diletakkan di tepi…