
PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang didapati bersalah membunuh tunangnya dengan menyimbah petrol sehingga menyebabkan mangsa mati terbakar terlepas tali gantung apabila Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan penjara 33 tahun dan 12 sebatan.
Panel tiga hakim diketuai Zabariah Mohd Yusof dalam keputusan sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru terhadap Mohamed Hafiz Mohd Bakri, 36, selepas membenarkan rayuan banduan akhir itu.
“Hukuman mati diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara 33 tahun dari tarikh tangkap (21 April 2017) dengan 12 sebatan,” kata Zabariah yang bersidang bersama-sama Harmindar Singh Dhaliwal dan Abdul Karim Abdul Jalil.
Mohamed Hafiz dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi…
