Lebih dikenali sebagai pengarah drama, Feroz Kader mencabar diri keluar dari zon selesa dengan mengarahkan sebuah naskhah terbaharu untuk ditayangkan di layar perak menerusi filem Balas Balik.
Artikel Berkaitan: Shukri Yahaya Takut Ketinggian – ‘Naik Roller Coaster Saya Rasa Gayat’
Artikel Berkaitan: Isyariana Lakukan Adegan Mangsa Rog*l Sebelum Berhijab
Penuh suspens & dramatik

Menurut Feroz, Balas Balik sebuah karya yang penuh warna, memberi rasa seronok, resah, marah serta menginsafkan untuk dibawa pulang oleh penonton.
Jelas Feroz, kekuatan filem terbitan Shaibha Vision itu terletak pada skripnya.
Bila filem genre begini, story line (cerita) sangat penting. Kami fokus dalam penghasilan skrip. Tiga bulan juga saya ambil masa, berbincang dan tulis.
Penerbit mahukan kelainan dan saya pun suka. Dari awal, Balas Balik memang asalnya filem bukan drama.
Filem Balas Balik menampilkan barisan pelakon Shukri Yahaya, Tony Eusoff, Isyariana,…