Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Insiden ‘menyelit’ disebabkan mahu mengelak bayar tol bukan satu perkara yang asing di negara kita ini dan pastinya hal ini salah disisi undang-undang serta boleh membahayakan pengguna jalanraya lain.
Terbaharu, pengguna TikTok @anakjantan96 telah memuat naik sebuah memaparkan dirinya mengekori rapat kereta yang berada di hadapannya untuk mengelak daripada membayar tol.

@anakjantan96 totap La Hidup Yoo Sobatt 🤪 #foryoupage #tolsungaibesi
Menerusi video tersebut lelaki itu seolah-olah bangga perbuatannya mengelak membayar caj tol. Dapat dilihat, bukan sekali tetapi dua kali lelaki tersebut melakukan perkara tersebut.
Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh lelaki berkenaan. Malah, para netizen juga berpendapat hal ini seharusnya…