Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bangkai, serpihan pesawat terhempas selesai dibawa keluar

today21 August 2023

Background


Penyiasat dari Amerika Syarikat dan syarikat pembuat pesawat aircraft berada di lokasi nahas semalam. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM: Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina selesai hari ini.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata lokasi nahas akan dikosongkan malam ini.

Ketika dihubungi Bernama, beliau berkata semua kawalan polis di lokasi nahas juga akan dihentikan.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati lori yang membawa serpihan dan bangkai pesawat berkenaan meninggalkan lokasi nahas pada kira-kira 7 malam.

Keadaan cuaca yang mendung dan kadangkala hujan tidak menghalang proses membawa keluar bangkai pesawat itu.

Selain itu, jalan yang terlibat dengan nahas akan dibersihkan namun laluan masih ditutup dan polis juga telah membuka garisan kuning yang dipasang di lokasi.

Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan memaklumkan laporan awal siasatan nahas pesawat yang…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post