Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

Bangladesh Jadikan Indonesia Medan Ujian Sebelum Bertemu Harimau Malaya

today10 May 2022

Background




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Skuad kebangsaan Bangladesh dijadualkan bertemu Indonesia untuk aksi persahabatan antrabangsa pada 1 Jun ini sebagai persiapan awal sebelum menghadapi saingan Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Indonesia dipilih sebagai medan untuk menguji barisan pemain mereka kerana mempunyai persamaan corak permainan dengan skuad Harimau Malaya yang berada satu kumpulan dalam saingan kelayakan.

Pengerusi jawatankuasa skuad kebangsaan Bangladesh, Kazi Nabil Ahmed mengesahkan perkembangan tersebut dan mendedahkan pasukan itu akan memulakan kem latihan pusat pada 16 Mei sebelum terbang ke Indonesia pada 27 Mei.

β€œKami akan menentang Indonesia sebagai perlawanan persediaan pada 1 Jun sebelum terbang ke Malaysia,” katanya seperti dipetik dalam Newage Sport.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman