Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bangunan cecah 100 tahun, polis nafi pemindahan IPD akibat dihalau

today4 September 2024

Background


Ketua Polis Melaka Zainol Samah nafi pemindahan IPD Melaka Tengah di Banda Hilir kerana dihalau kerajaan negeri. (Gambar Wikimedia Commons)

MELAKA: Polis menafikan dakwaan pemindahan IPD Melaka Tengah di Banda Hilir ke bangunan sementara di Batu Berendam kerana dihalau kerajaan negeri.

Ketua Polis Melaka, Zainol Samah, berkata dakwaan dibuat individu tidak bertanggungjawab menerusi satu klip video tular di media sosial hari ini adalah fitnah bertujuan mencemarkan imej polis dan kerajaan negeri.

Susulan itu, beliau berkata satu laporan polis dibuat dan kes disiasat bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Ia adalah satu fitnah kerana keputusan pemindahan IPD Melaka Tengah ke bangunan sementara itu dilakukan memandangkan bangunan sedia ada telah mencecah usia 100 tahun dan tidak lagi selamat untuk digunakan serta memerlukan kos yang tinggi untuk pembaikan.

Zainol Samah.

“Justeru atas rasa tanggungjawab, Ketua Menteri Melaka Ab Rauf…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post