

Sebuah premis hiburan yang beroperasi di bangunan bekas pawagam Odeon di Jalan Penang, terbakar malam ini, dengan kepulan asap tebal boleh dilihat hingga lebih 5km.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Pulau Pinang memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada 8.50 malam sebelum sepasukan anggota bersama jentera dikerah ke lokasi.
“Sebaik pihak bomba tiba, api sedang marak dan kebakaran melibatkan sebuah premis dua tingkat berkeluasan 1,393.54 meter persegi yang dijadikan pusat hiburan sebagai Midnight Black terletak di bangunan bekas pawagam Odeon,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.
Menurut bomba, setakat 10.45 malam ini, kemusnahan akibat kebakaran dianggarkan kira-kira 50% dan Pasukan Keluaran Operasi sedang berusaha mengawal dan memadamkan kebakaran.
Sementara itu,…