Hot FM

Banjir: 4 lagi mayat ditemui di Taman Sri Muda



Setakat jam 7 malam, 12 mayat iaitu tujuh lelaki dan lima wanita sudah ditemui. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Empat lagi kematian dicatatkan di kawasan banjir Taman Sri Muda di sini hari ini menjadikan 12 mayat ditemui setakat ini terdiri daripada tujuh lelaki dan lima wanita setakat 7 malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Baharudin Mat Taib dalam satu kenyataan berkata, identiti empat mangsa itu, masing-masing dua lelaki dan dua wanita belum dikenal pasti.

“Mayat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk dibedah siasat,” katanya.

Sementara itu, dua Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) disediakan iaitu PKTK 1 di Taman Sri Muda, Seksyen 25 dan PKTK 2, Taman Kemuning Utama, Seksyen 33 di sini.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version