
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di enam negeri menunjukkan perkembangan positif, dengan jumlah mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) pagi ini berkurangan berbanding malam tadi.
Kelantan terus mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi setakat ini, namun jumlah itu berkurangan kepada 6,269 orang pagi ini berbanding 7,600 orang malam tadi, dengan 18 PPS masih beroperasi.
Menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Tumpat mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 5,721 orang daripada 1,731 keluarga, diikuti Pasir Mas dengan 526 mangsa (154 keluarga), dan Kuala Krai seramai 22 mangsa (tujuh keluarga).
Sementara itu, portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan hanya Sungai Golok di Tumpat melepasi paras bahaya, dengan bacaan 3.18m berbanding 3m…