
KUALA LUMPUR: Seramai 110 pelajar Malaysia di Queensland, Australia yang terjejas akibat banjir dipindahkan ke pusat penempatan sementara (PPS), kata Menteri Luar, Saifuddin Abdullah.
Melalui hantaran di Twitter hari ini, beliau berkata, 75 daripada mereka merupakan pelajar di bawah pelbagai agensi ditempatkan di PPS University of Queensland, manakala 35 lagi sedang dipindahkan.
Secara keseluruhannya, Saifuddin berkata, terdapat 348 rakyat Malaysia yang berdaftar di Queensland, termasuk kira-kira 200 pelajar.
Beliau berkata, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra dengan kerjasama wakil komuniti Malaysia di Brisbane, Chan Wai Kiong dan Presiden Majlis Pelajar Malaysia di Australia (MASCA), Razin Hadi sedang memantau serta menyelaras urusan pemindahan rakyat Malaysia yang terjejas ke PPS.
“Kerajaan negeri Queensland melalui siaran televisyen telah memaklumkan situasi banjir dijangka…