
IPOH: Banjir di daerah Larut, Matang dan Selama pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 42 mangsa daripada 15 keluarga, ditutup petang tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan semua mangsa di PPS Dewan Orang Ramai Simpang Halt dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing pada 3 petang tadi.
Sekretariat memaklumkan banjir di Kampung Simpang Halt berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama sejam pagi tadi, mengakibatkan beberapa kawasan di kampung tersebut dinaiki air.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan semua daerah di Perak diramalkan berlaku hujan pada malam ini.
Di Sarawak, jumlah mangsa banjir menurun kepada 33 orang daripada 13 keluarga berbanding 123 orang daripada 34 keluarga sebelum ini dengan hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih…
