Site icon Hot FM

Banjir di Johor makin buruk, lebih 40,000 dipindah


Johor mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 42,704 orang diikuti Pahang (2,860), Negeri Sembilan (613), Melaka (448) dan Selangor (58).

Hujan lebat menyebabkan Kulai kembali banjir menjadikan semua 10 daerah di Johor terjejas akibat bencana tersebut. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di beberapa negeri bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 46,683 orang setakat malam ini berbanding 40,854 orang, petang tadi.

Johor terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 42,704 orang diikuti Pahang (2,860), Negeri Sembilan (613), Melaka (448) dan Selangor (58).

Di Johor, Kulai kembali banjir menjadikan semua 10 daerah di negeri itu terjejas akibat bencana tersebut.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) merekodkan jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 42,704 orang setakat 8 malam ini berbanding 37,258 orang yang direkodkan setakat 2 petang tadi.

Menurut JPBN, Segamat kekal daerah paling teruk…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version