
PETALING JAYA: Kejadian banjir di Melaka semakin buruk selepas seramai 1,778 mangsa membabitkan 462 keluarga dipindahkan setakat jam 8 malam tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Cuthbert John Martin Quadra, berkata jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka juga meningkat kepada 20 berbanding 19, petang tadi.
Katanya, setakat ini 10 PPS dibuka di daerah Alor Gajah, lapan di Melaka Tengah dan dua di Jasin.
“PPS yang terbaharu dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Gangsa di daerah Alor Gajah yang kini dalam proses pendaftaran,” katanya menurut laporan Melaka Hari Ini.
Beliau berkata, jumlah mangsa tertinggi buat masa ini ialah di PPS SK Krubong yang menempatkan seramai 303 mangsa, diikuti PPS SK Taman Merdeka (230 mangsa), PPS SRA JAIM Jelatang (188 mangsa),…