Site icon Hot FM

Banjir: Ibu 3 anak OKU keluar hospital, risau keadaan keluarga


Banjir gelombang ketiga yang bermula hari ini menyaksikan empat daerah di Terengganu terjejas. (Gambar Bernama)

KUALA BERANG: Seorang wanita yang baru dimasukkan ke hospital semalam akibat tekanan darah rendah dan jangkitan kuman pada buah pinggang berkeras mahu mendaftar keluar kerana khuatir keadaan tiga anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) setelah rumah mereka dilanda banjir.

Wan Norzaimah Muhammad, 46, dari Kampung Pengkalan Ajal berkata dia tiada pilihan selain meminta budi bicara hospital apabila mengenangkan keadaan tiga daripada enam anaknya itu, termasuk anak bongsu, Nor Al-Annur Aisyah, 5, yang menghidap penyakit asma kritikal.

Setelah berbincang dengan hospital, dia yang juga menghidap kanser payu dara bersyukur diberi kebenaran keluar selain dibekalkan ubat-ubatan untuk diambil sepanjang berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Apabila dimaklumkan rumah saya dilanda banjir, saya terus minta kebenaran doktor untuk pulang sebab sangat risau keadaan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version