
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Selangor dan Perak terus meningkat dengan mencatatkan 1,108 mangsa yang ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 9 pagi ini.
Di Selangor, seramai 768 orang daripada 196 keluarga berlindung di sembilan PPS, meningkat berbanding 722 orang daripada 184 keluarga malam tadi melibatkan mangsa banjir dari Hulu Langat, Sepang, Petaling dan Kuala Langat.
Sementara itu, laman web Public Infobanjir melaporkan setakat 7.30 pagi tadi Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat melepasi paras bahaya, namun dengan trend air menurun, manakala Sungai Bernam di Jambatan SKC, Hulu Selangor melepasi tahap berjaga-jaga dengan trend air meningkat.
Sementara itu di Perak, sejumlah 340 mangsa banjir daripada 99 keluarga kini ditempatkan di empat PPS, meningkat berbanding 310…