
KUALA LUMPUR: Seramai 11,306 mangsa banjir dilaporkan masih berada di 98 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan lima negeri, setakat malam ini.
Jumlah tersebut menunjukkan penurunan berbanding 16,281 petang tadi, dengan kesemua mangsa ditempatkan di 107 PPS di Pahang, Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka.
Di Pahang, jumlah mangsa banjir malam ini direkodkan aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah seramai 8,796 orang di 75 PPS dengan mangsa banjir terdiri daripada penduduk di Bentong, Temerloh, Bera, Maran, Kuantan dan Pekan.
Jabatan Meteorologi menjangka cuaca di semua daerah terlibat tidak hujan pada malam ini.
Di Selangor, Menteri Besar Amirudin Shari menerusi ciapan di Twitter rasminya, memaklumkan kemas kini jumlah mangsa banjir di negeri itu setakat 8 malam, adalah seramai 2,387 mangsa yang…