
KUALA LUMPUR: Situasi banjir di lima negeri menunjukkan perkembangan lebih baik malam ini, apabila jumlah mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun kepada 10,065 orang berbanding seramai 11,469 orang petang tadi.
Jumlah mangsa banjir di Selangor pula dilaporkan masih sama.
Di Melaka, jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 468 mangsa daripada 126 keluarga pada pukul 8 malam ini, berbanding 543 orang daripada 140 keluarga pada pukul 4 petang tadi.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Cuthbert John Martin Quadra berkata kesemua mangsa yang terjejas adalah dari 14 kawasan di Alor Gajah, sembilan kawasan di Melaka Tengah dan 14 kawasan di Jasin.
Di Pahang, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan mangsa banjir terus berkurangan malam ini dengan 1,491 orang ditempatkan di 30 pusat…