Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Banjir Kedah semakin buruk dengan 6,087 mangsa

today20 September 2024

Background


Daerah Kota Setar paling terjejas teruk akibat banjir di Kedah apabila terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa kepada 2,424 mangsa orang. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Keadaan banjir di Kedah dilaporkan semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan ke 36 pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada
6,087 orang.

Jumlah mangsa di tujuh daerah terjejas itu meningkat berbanding 5,483 orang yang direkodkan semalam manakala tiga lagi PPS terpaksa dibuka untuk menampung jumlah mangsa, lapor Berita Harian.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kota Setar terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa iaitu seramai 2,424 mangsa daripada 821 keluarga berbanding 2,305 mangsa daripada 789 keluarga.

Kubang Pasu juga menunjukkan peningkatan bilangan mangsa apabila dua lagi PPS dibuka, menjadikan 9 PPS aktif di daerah itu yang menempatkan 1,537 mangsa daripada 498 keluarga.

Manakala sebuah lagi PPS dibuka di Pokok Sena menjadikan jumlah keseluruhan lima PPS…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post

Sukan

Barcelona catat kekalahan pertama

Monaco: Barcelona memulakan kempen Liga Juara-Juara mereka dengan kekecewaan apabila tewas 1-2 kepada AS Monaco selepas mengalami tamparan awal apabila pertahanan Eric Garcia dibuang padang.

today20 September 2024