
PETALING JAYA: Beberapa lokasi di Ampang berhampiran ibu negara dilanda banjir kilat dengan air meneggelamkan kawasan sedalam hampir satu meter berikutan hujan lebat sejak 6 petang tadi.
Antara kawasan yang terbabit adalah Kampung Lembah Jaya Utara dan Kampung Lembah Jaya Selatan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.19 malam.
Katanya, seramai 22 pegawai dan anggota bersama beberapa jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan dan BBP Ampang dikejarkan ke lokasi.
“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati berlaku banjir kilat pada paras pinggang (anggaran kira-kira satu meter) susulan hujan lebat.
“Kami difahamkan terdapat tiga mangsa berjaya diselamatkan pihak bomba dan kerja menyelamat sedang…