Site icon Hot FM

Banjir kilat, tanah runtuh landa pantai barat Sabah


Bencana melanda akibat hujan lebat berterusan selama beberapa jam lewat petang ini.

APM Sabah menjalankan pemantauan di beberapa kawasan sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran yang dilanda banjir kilat. (Bernama pic)

KOTA KINABALU: Beberapa kawasan di pantai barat Sabah dilanda banjir kilat, tanah runtuh dan tanah mendap akibat hujan lebat berterusan selama beberapa jam lewat petang ini.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah ketika dihubungi memberitahu, pemantauan dijalankan di beberapa kawasan sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran yang dilanda banjir kilat, antaranya Likas, Penampang, Menggatal, Tebobon, Kolombong, Telipok, Rugading dan Gayang.

Tinjauan dijalankan mendapati beberapa jalan turut dilanda banjir kilat dan masih mengakibatkan kesesakan teruk sehingga malam ini, termasuk Jalan Tuaran Bypass, Jalan Universiti Malaysia Sabah, Jalan Kibabaig Penampang, Jalan Likas, Jalan Menggatal dan Jalan Kayu Madang.

“Cuaca masih hujan di beberapa kawasan malam ini, tetapi…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version