Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Banjir: Lebih 5,000 hektar sawah terjejas

today19 September 2024

Background


banjir kedah
Bancian bagi mengenal pasti kerosakan tanaman padi akan dijalankan selepas air surut, kata Mada. (Gambar Bernama)

ALOR SETAR: Banjir yang melanda Kedah dan Perlis sejak beberapa hari lepas menyebabkan sawah seluas 5,388.63 hektar dalam kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) terjejas.

Berdasarkan Laporan Pemantauan Padi Tenggelam, kawasan terkesan ialah di Wilayah I Perlis seluas 20 hektar, Wilayah II Jitra (1,525.6 hektar), Wilayah III Pendang (2,206.7 hektar), dan Wilayah IV Kota Sarang Semut (1,636.33 hektar).

“Pihak Mada akan mengenal pasti kerosakan tanaman padi di peringkat kawasan melalui bancian yang akan dijalankan selepas air surut,” menurut kenyataan Mada.

Mada turut memaklumkan status kemajuan aktiviti penanaman padi di Kawasan Muda bagi Musim 1/2024 hingga semalam merekodkan sebanyak 93.6% kawasan tanaman padi berbunga, padi masak (68.3%), dan penuaian (26.6%) dan dijangka terjejas disebabkan keadaan cuaca semasa.

Dalam pada itu, status turunan hujan di…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post