
PETALING JAYA: Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor kembali meningkat manakala Kuala Lumpur dan lima negeri lain menunjukkan penurunan setakat petang tadi.
Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan jumlah mangsa seramai 62,795 orang dengan 401 PPS dibuka setakat ini melibatkan enam negeri iaitu Selangor, Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Kelantan, serta Kuala Lumpur, menurut laporan Bernama
Di Selangor, Info Bencana JKM melaporkan 21,385 mangsa banjir daripada 5,510 keluarga dicatatkan petang tadi, meningkat sedikit berbanding 21,047 mangsa banjir daripada 5,274 keluarga pada 12.38 tengah hari, dengan kesemua mangsa ditempatkan di 117 PPS.
Menteri Besar Amirudin Shari menerusi Twitternya berkata 1,073 tan sampah dan tinggalan banjir diangkut semalam di kawasan terlibat dan kerajaan negeri akan melipatgandakan usaha membantu penduduk membersihkan rumah.
Di Pahang, Sekretariat…