Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Banjir: Mangsa dipindahkan meningkat lebih 142,000

today30 November 2024

Background


Di Kelantan jumlah mangsa banjir ditempatkan di 285 PPS mencecah 93,158 orang daripada 28,830 keluarga setakat malam tadi. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 146,611 orang malam ini berbanding 142,684 petang tadi, dengan Kelantan terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi.

Situasi banjir di tiga negeri iaitu Perlis, Negeri Sembilan dan Selangor pula mencatatkan penurunan mangsa setakat 8 malam ini.

Di Kelantan jumlah mangsa banjir di 285 PPS mencecah 93,158 orang daripada 28,830 keluarga setakat ini berbanding 91,279 orang petang tadi.

Menerusi Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, jajahan Pasir Mas kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 27,829 orang, diikuti Tumpat (16,390), Kota Bharu (13,754), Pasir Puteh (9,466) dan Kuala Krai (6,951).

Turut terkesan, Bachok dengan 6,634 mangsa, Machang (6,075), Tanah Merah (5,334), Jeli (737) dan Gua Musang (27).

Portal

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post

Sukan

Las Palmas malukan Barcelona

Barcelona: Sambutan ulang tahun ke-125 Barcelona bertukar suram selepas pendahulu La Liga itu tewas mengejut 1-2 di tangan Las Palmas dalam aksi di Estadi Olimpic Lluis Companys, sebentar tadi.

today30 November 2024