Menurut laporan Sinar Harian, perkara tersebut tertakluk dalam peruntukan undang-undang di bawah Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) Akta 593.
“Kalau dikenal pasti kecuaian (negligence bank), bank akan bayar umpamanya setakat ini mengikut Seksyen 413 KTJ, RM178,407 telah pun dipulangkan, maknanya ada.
“Tetapi seperti mana yang dikaitkan dengan undang-undang di UK (United Kingdom), itu hanya jika dikenal pasti kecuaian pihak bank atau bank tidak memantau mengikut peraturannya. Maka bank mesti juga bayar ganti rugi dan saya setuju bahawa prinsip itu juga diguna pakai di sini.
“Cuma mungkin dalam kajian yang dibuat yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), kita akan kaji juga supaya diperketatkan agar pihak bank turut bertanggungjawab kalau didapati tidak benar-benar cermat dalam memantau dan memastikan peraturan dipatuhi,” katanya.