SINGAPURA: Monetary Authority of Singapore (MAS) dan Infocomm Media Development Authority (IMDA) hari ini menerbitkan kertas rundingan bersama yang mencadangkan Rangka Kerja Tanggungjawab Bersama (SRF) untuk penipuan pancingan data.
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data dan perlu membayar kepada mangsa penipuan yang terjejas apabila tanggungjawab ini tidak dipenuhi.
“SRF memberikan tanggungjawab bersama dengan menetapkan tindakan antipenipuan huluan yang perlu dipatuhi oleh institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi. Pelanggaran kewajipan akan mengakibatkan pembayaran kepada mangsa penipuan yang terjejas.
“Ini untuk mendorong semua pihak agar sentiasa berwaspada dalam ekosistem bagi menjaga keselamatan dalam…