Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bantah konsert Blackpink, PU Syed terima ugutan bunuh

today9 March 2023

Background


Pendakwah selebriti itu tidak membuat laporan polis kerana percaya ugutan itu dibuat menggunakan akaun palsu.

PU Syed berkata, seorang individu mengugut untuk menembaknya dan mendoakan anak-anaknya dijangkiti virus. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pendakwah selebriti, Syed Mohd Bakri Syed Ishak yang lebih dikenali sebagai PU Syed mendakwa menerima ugutan bunuh kerana tidak bersetuju dengan penganjuran konsert kumpulan K-Pop Blackpink minggu lalu.

Beliau berkata, ugutan itu diterima melalui mesej langsung (DM) di akaun media sosial peribadinya, di mana seorang individu mengugut akan menembaknya dan mendoakan anak-anaknya dijangkiti virus.

“Saya tak buat laporan polis sebab saya percaya itu akaun palsu. Ini kali pertama dapat ugutan sebegini. Sebelum ini orang kecam dan hentam itu dah biasalah.

“Dia DM saya kemudian dipadam mesej itu, tetapi saya sempat ambil tangkap layar. Saya syak ini kerja budak-budak yang taksub sangat dan terlalu mengikut emosi,” katanya menurut Harian…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post